Surau Di Melaka Beri Rm10 Sehari Jika Datang Solat Terawih

http://ift.tt/2qB7VIv
resim

Mohd Yusof Abu Hasan

BANDARAYA MELAKA – Surau Muhammad Al-Waliyah, Pulau Gadong di sini, memperuntukkan RM10 bagi setiap anak muda bawah 15 tahun yang datang menunaikan solat tarawih di surau berkenaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ia sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau berkenaan oleh kalangan anak-anak muda.

Menurutnya, inisiatif tersebut sudah dijalankan sejak tiga tahun lalu dan ternyata berhasil apabila saf-saf solat tarawif sentiasa penuh sehingga ke akhir Ramadan.

“Kebiasaannya lebih 50 anak-anak muda tampil dan kedatangan mereka kita catat. Maknanya sekiranya mereka datang penuh, dapatlah RM300 yang diharapkan untuk mereka beli persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Selain itu, mereka juga diwajibkan menyertai kelas-kelas fardu ain yang diadakan dan dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar. Mereka akan diingatkan tentang fadilat berpuasa, cara ibadah dengan betul sehingga diajar tentang bacaan doa,” katanya.

Katanya, habuan tersebut akan diberikan pada penghujung Ramadan.  

Tambah Mohd Yusof, apa yang dilakukan sebagai satu dorongan buat anak-anak muda agar mereka tidak menghabiskan masa di tempat-tempat lain dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Justeru, masa mereka kita penuhi dengan program-program agama sepanjang Ramadan ini,” katanya. – Sinar

May 20, 2017 at 12:35PM

http://ift.tt/2q5R9Og

from

http://ift.tt/2q5R9Og

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s