Pengemis Meningkat Menjelang Ramadhan, Raih Rm2,600 Seminggu

http://ift.tt/2rnrbuq
resim

SEORANG pengemis meraih simpati orang ramai dengan menggunakan kanak-kanak di Baturaja.

SUMATERA SELATAN – Menjelang Ramadan pada hujung bulan ini, kelibat pengemis di Kota Baturaja di daerah ini semakin bertambah secara mendadak dari sehari ke sehari.

Aktiviti yang dianggap mencemar pemandangan bandar ini dilihat sudah menjadi trend bagi golongan itu kerana dipercayai mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka walaupun berada jauh dari kampung halaman.

Agensi berita Antara News menemubual seorang pengemis bernama Tono di sebuah kampung yang mempunyai ramai peminta sedekah bagi mengetahui tentang kegiatan itu.


Ketika ditemui di Baturaja, Tono berkata, setiap kali menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, banyak penduduk kampungnya akan berbondong-bondong datang ke bandar bagi mencari wang.

Katanya, dia dapat mengutip antara 300,000 rupiah (RM97) hingga 500,000 rupiah (RM162) sehari sebagai peminta sedekah.

Dengan pendapatan sebesar itu, Tono mendakwa dia dapat membawa wang ke kampungnya sekitar 8 juta rupiah (RM2,599) seminggu.

“Ini rezeki tahunan yang hanya boleh diperoleh semasa bulan Ramadan.

“Kalau hari biasa, kami hanya mengemis di kampung halaman kami sahaja,” katanya.

Tambah Tono, sebelum mengemis, mereka terlebih dahulu meninjau lokasi sesuai untuk meraih simpati orang ramai. – ANTARA NEWS/Utusan

May 20, 2017 at 12:00PM

http://ift.tt/2rnLTue

from

http://ift.tt/2rnLTue

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s