Lelaki Akhirnya Mengaku Rogol, Bunuh Gadis Pada 1977

http://ift.tt/2qBcFOq
resim

PATRICK MICHAEL McCABE, 59, yang kini berkerusi roda mengaku bersalah di mahkamah terhadap pertuduhan membunuh dan menyamun dalam kes bunuh dan rogol remaja berusia 16 tahun, Sharon Schollmeyer pada tahun 1977. – ABC4 NEWS

SEORANG lelaki Florida mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol dan membunuh seorang remaja berusia 16 tahun pada tahun 1977 ketika dia menjadi pengurus bangunan pangsapuri tempat mangsa tinggal di Utah.

Patrick Michael McCabe, 59, dari Bell, Florida, membuat pe­ngakuan tersebut selepas dia dihadapkan ke sebuah mahkamah daerah di Utah baru-baru ini atas tuduhan membunuh dan me­nyamun, lapor The Salt Lake City Tribune.

Perkembangan itu adalah hasil rundingan pengakuan salah de­ngan lelaki itu oleh pihak pendakwaan yang kemudiannya bersetuju menggugurkan pertuduhan melakukan serangan seksual dan menarik balik hukuman mati.

Dengan pengakuan tersebut, McCabe kini berdepan hukuman penjara seumur hidup bagi tuduhan membunuh, diikuti dengan tempoh tambahan bagi pertuduhan menyamun. Hakim akan menjatuhkan hukuman pada 12 Jun ini.

Pengakuannya itu direkodkan sebulan selepas McCabe ditangkap di Florida oleh pihak berkuasa ekoran bukti baharu asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes bunuh Sharon Schollmeyer pada 1977 jelas merujuk kepada lelaki tersebut.

Dalam kejadian tersebut, mayat Schollmeyer ditemukan dalam keadaan bogel di dalam sebuah tab mandi di pangsapuri tempatnya tinggal di Salt Lake City, Utah pada 5 Disember 1977 oleh ibunya, Sally Kadleck.

Kadleck pergi ke pangsapuri anak perempuannya itu setelah Schollmeyer gagal hadir bekerja pada hari tersebut. Wanita itu kemudian meminta McCabe yang merupakan pengurus bangunan pangsapuri tersebut dan berusia 20 tahun ketika itu, membenarkannya masuk ke dalam pangsapuri anak perempuannya.

Ketika itulah Kadleck me­ne­mukan mayat anak perempuan­nya tanpa seurat benang dan tidak bernyawa di dalam tab mandi yang dipenuhi air setinggi 15.2 sentimeter. Dokumen mahkamah menyatakan bahawa sehelai skaf telah digunakan untuk menutup mata Schollmeyer dan mulutnya telah disumbat dengan sehelai barut gantung.

Pada 40 tahun lalu, pihak polis tidak meneruskan siasatan terhadap kes itu setelah gagal membuat sebarang tangkapan disebabkan kekurangan bahan bukti.

Namun, pada Disember lalu, rekod mahkamah menunjukkan bahawa barut gantung tersebut telah dirujuk ke pangkalan data kebangsaan dan didapati sepadan dengan DNA McCabe. DNA milik lelaki terbabit berada dalam pangkalan data itu ekoran kesalahan seksual yang dilakukannya pada 1999 melibatkan seorang mangsa bawah umur.

Penyiasat Jabatan Polis Salt Lake City kemudian mene­mui McCabe yang menetap di Florida pada Mac lalu dan lelaki terbabit mengaku merogol dan membunuh remaja terbabit pada tahun 1977. Pihak berkuasa kemudian menangkap dan membawa lelaki itu ke Utah. Dia kemudian ditahan dengan jaminan tunai AS$2 juta (RM8.65 juta).

Ketika rundingan pengakuan bersalah, McCabe mengaku bahawa dia menggunakan kunci ganti untuk masuk ke dalam pangsapuri Schollmeyer pada 1977. Kunci itulah juga digunakannya ketika membawa masuk Kadleck ke dalam pangsapuri anak perempuannya.

Apabila dia menemukan mang­sa tidur di atas katil, dia bertindak merogolnya dan kemudian mencekiknya di dalam bilik air, lapor The Tribune.

Ketika di mahkamah, McCabe yang menggunakan kerusi roda berkata, dia ‘berniat untuk merogol mangsa’ apabila menceroboh masuk ke dalam pangsapuri Schollmeyer pada malam kejadian kira-kira 40 tahun lalu, lapor Good 4Utah.

Kadleck melahirkan rasa lega setelah akhirnya mendapat jawapan kepada persoalan tentang siapa pembunuh anak perem­puannya.

“Tidak mengetahui (siapa pembunuh) adalah perkara yang sangat teruk. Selama 40 tahun, saya tidak pernah sangka saya masih hidup (untuk mengetahui perkara sebenar),” beritahu Kadleck kepada Fpx 13.

Cucu perempuan Kadleck, Brigett Love memberitahu The Tribune bahawa dia dan keluar­ganya berterima kasih bahawa kes itu selesai dengan segera berikutan pengakuan bersalah McCabe.

“Dia tidak mahu membuatkan kami menderita lebih lama lagi,” kata Love. – MailOnline/Utusan

May 20, 2017 at 12:35PM

http://ift.tt/2q6a3EV

from

http://ift.tt/2q6a3EV

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s