Kawasaki Rr Ditunggang Wanita Terjatuh Sebelum Hangus Terbakar

http://ift.tt/2qBauKU
resim

Motosikal mangsa terbakar 100 peratus dalam kejadian di Kilometer 276 Lebuhraya PLUS arah selatan di Nilai, malam tadi.

resim

NILAI – Seorang wanita cedera selepas motosikal ditunggangnya terlibat dengan kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 276 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu mangsa, Nurul Amira Hamzah,28, menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 secara bersendirian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir berkata, sebuah jentera dan Pasukan Perubatan dan Tindakan Balas Perkhidmatan (EMRS) dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan.

“Sebaik kami sampai jam 11.48 malam, didapati motosikal mangsa yang berada di tengah lebuhraya sedang terbakar keseluruhan. Manakala mangsa pula telah pun berada di tepi jalan dengan keadaan muka dan kakinya cedera.

“Rakannya memberitahu kejadian itu berlaku selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan tidak pasti, menyebabkan mangsa terjatuh, sebelum motosikal itu terbakar,” katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadamkan kebakaran dan mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban oleh EMRS. – Sinar

May 20, 2017 at 12:35PM

http://ift.tt/2q61J87

from

http://ift.tt/2q61J87

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s