Di Aceh, Gadis Pakai Ketat Disarungkan Dengan Kain Sarung

http://ift.tt/2qBmuvZ
resim

Anggota polis memakaikan kain sarung kepada seorang wanita yang berpakaian ketat di Lhokseumawe, Aceh. Detiknews.com

ACEH – Berpuluh-puluh wanita yang berpakaian ketat di sini ditahan beramai-ramai oleh pihak polis dan dipakaikan dengan kain sarung bagi menutup tubuh mereka.

Tindakan itu dilakukan di Taman Riyadhah di sini dan polis juga memberi amaran kepada wanita terbabit agar tidak lagi berpakaian seperti itu menjelang bulan Ramadan ini.

Selain wanita yang memakai seluar ketat, pihak polis juga menahan golongan lelaki yang memakai seluar pendek.

Ketika ditahan, kebanyakan daripada wanita dan lelaki itu membantah tindakan tersebut.

Ketua Polis Wilayah Hisbah di sini, Irsyadi berkata, penangkapan beramai-ramai itu merupakan usaha menegakkan syariat Islam, Qanun No. 11 Tahun 2002 tentang pelaksanaan syariat Islam berhubung pemakaian pakaian ketat, seluar pendek dan tidak mengenakan tudung.

“Seramai 30 pesalah ditahan. Untuk wanita, kita berikan tudung dan kain sarung manakala lelaki hanya diberi kain sarung.’’

“Selain diberikan tudung, wanita terbabit turut diminta menandatangani surat akujanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya. – Detiknews.com/Utusan

May 20, 2017 at 12:35PM

http://ift.tt/2q6k0lG

from

http://ift.tt/2q6k0lG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s